Monday, 21 November 2016

Masakan Ketiga (Char Kuey Teow Goreng Basah)


Ok, entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai cara-cara membuat char kuey teow goreng basah (resipi saya sendiri okay,......dan paling penting, saya masak sendiri.........haha). Hurm......, bunyi macam sedapkan. Hehe.....sedap la pada saya. Pada anda semua mungkin tak berapa sedap sangat kot. Sob ........sob......(ayat sedih). Tapi yang ni saya tak gemar sangat la berbanding dengan nasi goreng dan bihun.
Ok, berbalik kepada tajuk entri kali ini, saya akan senaraikan langkah-langkah membuat char kuey teow ala saya. Terlebih dahulu, saya ingin bertanya, adakah anda semua tahu apa itu char kuey teow? Haha tertanya soalan yang agak “pandai” pulak. Okaylah, char kuey teow tu ialah ..................INI...!!!



                                                  Sedap tak........sedap tak..........??  Haha

Ok, cara-cara memasak char kuey teow ala saya ialah: 
  1.   Sediakan bahan-bahan dulu iaitu:

·         Lada kecil 10 biji
·         Bawang merah 3 biji atau bawang besar sebiji
·         Bawang putih 2 ulas
·         Ikan bilis segenggam
# keempat-empat bahan ini perlu ditumbuk
·   100gm udang/sotong/ayam/sosej (ikut citarasa sendiri, saya pilih sosej 3 batang, dipotong sederhana kecil)
·         Telur 2 biji
·         3 sudu teh kicap pekat
·         2 sudu teh sos tiram
·         Garam dan aji secukup rasa

2. Langkah-langkahnya pula ialah:

·         Seperti biasa panaskan kuali terlebih dahulu.
·         Isi minyak apabila kuali telah panas
·         Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
·         Masukkan air agak-agak separuh kuali (sebab nak buat kuey teow basah)
·         Masukkan garam dan ajinomoto, sosej, telur, kicap pekat dan sos tiram (garam tak perlu banyak sangat)
·         Biarkan mendidih sebentar kemudian asingkan kepada dua bahagian
·         Masukkan kuey teow ke dalam kuali
·         Kacau rata
·         Isikan sebahagian lagi ke atas kuey teow sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga sebati (tak perlu lama sangat)
·         Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

                                      INILAH HASILNYA........