Monday, 21 November 2016

Masakan Kelima (Telur Rebus Goreng Berlada)


Hai......., entri ini merupakan entri terakhir saya. Jadi, saya akan berkongsi resipi kegemaran keluarga saya (KELUARGA.......hehe). Bukan apa, kami satu keluarga suka makan lauk ni terurama sekali adik bongsu saya yang darjah dua. Dia kata, “ateh..........ateh......, masakla lauk telur pedas tu....... Adik suka la...... Nanti kalau ateh masak, adik nak makan dua tau.” Lepas tu, saya kata, “aikk......., bukan adik tak suka makan lauk pedas ke?” Dia jawab, “ala......lauk tu sedap...... Adik suka la makan.......” Haha....., dia pun suka makan lauk tu.  Justeru itu, saya ingin berkongsi resipi telur rebus goreng berlada kegemaran kami satu keluarga.
Langkah pertama, sediakan:
  • Telur 10 biji (ikut seberapa banyak yang korang nak)
  • Lada kering yang telah dikisar

Cara-caranya ialah:
  •   Langkah pertama:

ü  Rebus telur selama 25 minit
ü  Bila dah siap, rendam dulu telur tu dalam air sejuk untuk memudahkan korang kopek telur tu
ü  Kopek telur yang telah direndam sebentar tadi
ü  Goreng dan ketepikan
  •         Langkah kedua:

ü  Panaskan kuali
ü  Isi minyak
ü  Masukkan lada yang telah dikisar dan kacau sehingga garing
ü  Masukkan air asam, garam,  gula dan ajinomoto (maggi cukup rasa pon boleh jugak)
ü  Masukkan telur
ü  Gaul sehingga sebati
ü  Masukkan bawang besar yang telah dihiris
ü  Sedia untuk dihidangkan

INILAH HASILNYA.......!!!

Meleleh air liur kan.....!

Masakan Keempat (Maggi Kari)



Okay, kali ni pulak nak kongsi tentang masakan yang bernama.........Maggi (walaupun sebenarnya semua orang pandai masak hatta budak kecil sekalipun). Bukan apa, cuma nak “appreciate” ibu saya sebab sudi ajar anaknya ni memasak........ Hehe.....“thanks to my mother”. Berkat ajaran ibu saya, saya sekarang dah pandai masak lauk-lauk untuk makan tengahari. Contohnya, sup ayam dan daging, asam pedas, singgang, dan sayur.
Okay, sebelum saya merepek terlalu banyak, mari kita ikuti cara-cara memasak maggi di bawah. Oh.....sebelum saya terlupa, ini ialah resipi ibu saya. Hehe....okay, langkah-langkahnya ialah:
  1.     Sediakan bahan-bahannya dulu iaitu:

Ø  Lada kecil 5 biji, dihiris serong (selalu saya guna gunting je)
Ø  Bawang merah 3 biji
Ø  Bawang putih 2 ulas
#bahan-bahan ini perlu dihiris
Ø  Telur 2 biji
Ø  Air (anggaran satu jug kecil)
Ø  Maggi kari
                         2.   Cara-cara memasaknya ialah:
Ø  Panaskan kuali
Ø  Tumis bahan-bahan yang telah dihiris tadi sehingga naik bau
Ø  Masukkan air
Ø  Masukkan telur
Ø  Biarkan mendidih seketika
Ø  Masukkan maggi beserta rencahnya
Ø  Biarkan seketika
Ø  Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan
Senangkan....????
TADAA.....DAH SIAP!!!



Masakan Ketiga (Char Kuey Teow Goreng Basah)


Ok, entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai cara-cara membuat char kuey teow goreng basah (resipi saya sendiri okay,......dan paling penting, saya masak sendiri.........haha). Hurm......, bunyi macam sedapkan. Hehe.....sedap la pada saya. Pada anda semua mungkin tak berapa sedap sangat kot. Sob ........sob......(ayat sedih). Tapi yang ni saya tak gemar sangat la berbanding dengan nasi goreng dan bihun.
Ok, berbalik kepada tajuk entri kali ini, saya akan senaraikan langkah-langkah membuat char kuey teow ala saya. Terlebih dahulu, saya ingin bertanya, adakah anda semua tahu apa itu char kuey teow? Haha tertanya soalan yang agak “pandai” pulak. Okaylah, char kuey teow tu ialah ..................INI...!!!



                                                  Sedap tak........sedap tak..........??  Haha

Ok, cara-cara memasak char kuey teow ala saya ialah: 
  1.   Sediakan bahan-bahan dulu iaitu:

·         Lada kecil 10 biji
·         Bawang merah 3 biji atau bawang besar sebiji
·         Bawang putih 2 ulas
·         Ikan bilis segenggam
# keempat-empat bahan ini perlu ditumbuk
·   100gm udang/sotong/ayam/sosej (ikut citarasa sendiri, saya pilih sosej 3 batang, dipotong sederhana kecil)
·         Telur 2 biji
·         3 sudu teh kicap pekat
·         2 sudu teh sos tiram
·         Garam dan aji secukup rasa

2. Langkah-langkahnya pula ialah:

·         Seperti biasa panaskan kuali terlebih dahulu.
·         Isi minyak apabila kuali telah panas
·         Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
·         Masukkan air agak-agak separuh kuali (sebab nak buat kuey teow basah)
·         Masukkan garam dan ajinomoto, sosej, telur, kicap pekat dan sos tiram (garam tak perlu banyak sangat)
·         Biarkan mendidih sebentar kemudian asingkan kepada dua bahagian
·         Masukkan kuey teow ke dalam kuali
·         Kacau rata
·         Isikan sebahagian lagi ke atas kuey teow sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga sebati (tak perlu lama sangat)
·         Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

                                      INILAH HASILNYA........




                 

Masakan Kedua (Bihun Goreng Putih)

Okay, bihun goreng yang ni pun saya suka juga. Tapi yang tak isi lada sulah la. Macam yang saya cakap sebelum ni, saya suka memasak dan saya pun suka bihun goreng putih ni. Jadi, saya nak kongsi cara-cara saya masak bihun ni versi saya. Kepada sesiapa yang nak ikut resipi ni, dipersilakan..... dan kepada sesiapa yang tak nak ikut tu pun tak mengapa (nak ikut resipi sendiri atau orang lain yang lebih kena dengan selera masing-masing) sebab ni resipi saya sendiri.
Okay, bahan-bahannya ialah:
  1.  Pertama, macam biasa, sediakan bahan-bahan untuk ditumbuk, (lada kecil 10 biji, bawang merah 3 biji, bawang putih 2 ulas dan ikan bilis segenggam).
  2. Sediakan bihun (dah rebus dan toskan. Ikut la banyak mana korang nak rebus)                           
  3. Udang/ayam/sotong/sayur (ikutla kalau nak masukkan. Saya tak letak pun sebab bihun goreng kosong pun dah sedap pada saya. Hehe.....)
Okay, cara-caranya masaknya pulak;
  • Pertama, panaskan kuali
  • Isi minyak
  •  Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau 
  •   Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
  •  Masukkan bihun yang telah ditoskan sebentar tadi
  • Gaul dan kacau rata sehingga sebati (kalau nak rasa tu lebih terangkat, bolehla letakkan lebih banyak lada kecil
  •  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Haa.......senangkan!!! Inilah bihun goreng cara saya. Cara anda pulak.........??




                                          

Masakan Pertama (Nasi Goreng)


Hai guys......, kat sini saya nak berkongsi sikit pasal diri saya. Saya SUKA...MEMASAK...!!!!!.  Memang suka sangat-sangat la.  So, saya nak berkongsi masakan-masakan yang saya pernah masak. Okay, pertama, nasi goreng. Nasi goreng ni memang makanan kegemaran saya la. Saya selalu masak nasi goreng untuk sarapan. Kalau dekat rumah, memang hari-hari masak nasi goreng. Tak pernah jemu. Bila bangun pagi-pagi tu (pukul 7:30 selalunya bangun paling lambat), kemas-kemas rumah dulu pastu baru buat sarapan.
  •   Langkah-langkah:
ü  Mula-mula, ramas dulu nasi semalam yang ada lebih tu.
ü  Pastu, tumbuk lada kecil (30 biji kalau nak pedas.  Tapi saya selalu buat nasi goreng, walau isi banyak mana pun lada kecil, tetap tak pedas. Saya pon pelik.....haha), bawang merah 3 biji, bawang putih 2 ulas dan ikan bilis segenggam. 
  • Sekarang, masa untuk masak...... Langkah-langkahnya ialah:
ü  Pertama, panaskan kuali
ü  Bila kuali dah panas, isi minyak (sikit je sekadar untuk menumis)
ü  Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau
ü  Masukkan garam dan aji secukup rasa
ü  Masukkan nasi yang telah diramas tu
ü  Gaul sehingga sebati
ü  Sedia untuk dihidangkan

                                               TARAA.........DAH SIAP!!!!!